pelitalilin

Pujian tak terhingga kepada-Mu kerana dihadiahkan sebuah pelitalilin

Thursday, March 30, 2006

Kisah 'Penjaga Cahaya Harapan' & Pelitalilinnya I

Aku meriwayatkan kisah in daripada ayahku daripada datukku bersambung sanadnya hingga embah dan buyutku hingga ke zaman sebelum Parameswara membuka Kota Melaka. Ayahku memceritakan kepadaku ketika ibu sedang mendodoi aku dibuaian. Sesungguhnya berkata embah, buyut dan moyangku:

"Arakian tersebutlah suatu kisah adalah terjadi sebelum Parameswara membuka Kota Melaka lagi. Adalah disebutkan telah wujudnya manusia yang mendiami Tanah Melayu ketika itu. Maka pada yang demikian juga telah ada beberapa picing masyarakat melayu di kawasan berhampiran tempat Parameswara bertemu pohon melaka. Sementelahan di situ ada jejaka tampan yang diberi gelar Penjaga Cahayaharapan oleh ibu dan ayahnya. Begitulah nama yang diberi sebagaimana tertera pada surat beranaknya. Maka berkatalah ayahnya yang 'cahaya' dan 'harapan' tidak bersambung. Namun oleh kerana kebengongan pegawai polis di pejabat polis berhampirannya menulis yang demikian, maka adalah terpaksa diakronimkan.

Maka adalah dari hari ke hari, dari purnama ke purnama membesarlah jejaka tampan ini. Maka tersebutlah kisah dan bermulalah ceritera Penjaga Cahayaharapan ini. Ceritera bermukaddimah sebuah Pelitalilin yang Allah hadiahkan kepadanya.

Maka setelah beberapa purnama Penjaga Cahayaharapan pergi mengembara menuntut ilmu di negeri orang, maka sekonyong-sekonyong qudrat Ilahi telah menghadiahkannya sebuah Pelitalilin. Maka bermulalah kehidupan baru Penjaga Cahayaharapan berteman Pelitalilin yang dia mengharapakan agar Pelitalilin ini dapat menyuluh sepanjang hidup. Maka bertepulah kegembiraan dalam jiwa Penjaga Cahayaharapan.

Sungguhpun begitu, langit tidak selalu cerah. Maka adalah Pelitalilin yang Allah hadiahkan padanya menjadi rebutan rafiknya. Maka buncahlah hatinya memikir masaelah ini.

Tanda Anda Baby 84

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak,

misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.

budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone


...hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye laa...heheheYaa, kite pun dah semakin tua!!Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

Pelita lilin (i)

Pertamanya bersyukur daku tak terhingga ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, aku dihadiahkan sebuah pelitalilin yang hingga saat ini masih menyala dan menyinari hidupku.

Aku tidak pernah menyangka yang aku akan dihadiahkan pelitalilin ini. Bagi aku, ia sangat istimewa dan sangat berharga. Setelah kian lama aku sepi tiada yang menemani, tanpa diundang, pada 1 Muharam 1426 H, Allah mempamerkan kasih-Nya yang amat sangat padaku. Dia menghadiahkan aku sebuah pelitalilin. Hadiah ini bukan semata-mata pemberian, tetapi amanah dan tanggungjawab. Aku harus menjaga dan memeliharanya sebaik mungkin. Syukur pada-Mu Tuhan. Hingga ke saat ini, pelitalilin ini masih menyala dan menemani hidupku yang mudah-mudahan untuk selamanya.

Pelita lilin (i)

Pertamanya bersyukur daku tak terhingga ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, aku dihadiahkan sebuah pelitalilin yang hingga saat ini masih menyala dan menyinari hidupku.

Aku tidak pernah menyangka yang aku akan dihadiahkan pelitalilin ini. Bagi aku, ia sangat istimewa dan sangat berharga. Setelah kian lama aku sepi tiada yang menemani, tanpa diundang, pada 1 Muharam 1426 H, Allah mempamerkan kasih-Nya yang amat sangat padaku. Dia menghadiahkan aku sebuah pelitalilin. Hadiah ini bukan semata-mata pemberian, tetapi amanah dan tanggungjawab. Aku harus menjaga dan memeliharanya sebaik mungkin. Syukur pada-Mu Tuhan. Hingga ke saat ini, pelitalilin ini masih menyala dan menemani hidupku yang mudah-mudahan untuk selamanya.

Pembahagian Bidah

Assalamualaikum.

Bismillah..............

Saya amat bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh saudara Amrizal berkaitan dengan memerangi bidah. Perkara-perkara bidah dan suatu yang direka dalam agama amatlah dicela sepertimana penyataan hadis di atas. Apa jua amalan yang tiada nas dan dalilnya, haruslah ditolak dan diperangi. Tetapi, bagi pandangan saya, sebelum kita menolak dan memerangi perkara bidah dan benda-benda yang direka dalam agama ini, perlulah kita memahami dan menguasai erti, konsep dan makna bidah secara jelas, kolektif dan hakikatnya. Kerana sekiranya ia tidak dikuasai dengan baik, takut-takut kita menghukum, menolak dan memerangi perkara yang bukan bidah. Sebelum saya meneruskan, ingin saya menerangkan perkataan Nabi dalam hadis di atas.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sebaik-baik perkara adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah yang direka-reka (bidah), dan setiap bidah adalah dholalah (sesat)."

(H.R Muslim bil 867, pada bab meringankan sembahyang dan khutbah dalam bab Solat Jumaat)

Dalam kitab Sohih Muslim dengan Syarah Imam Nawawi pada juruk ke-6 M/S 166 cetakan Muassasatul Mukhtar, Kaherah, Imam Nawawi menerangkan maksud perkataan 'setiap bidah'. sebagaimana berikut:
"Perkataan 'setiap bidah' diperkuatkan dengan kata 'setiap' tetapi dimasukkan di dalamnya pengkhususan."

Maksudnya: Perkataan setiap di dalam hadis tersebut, bukanlah beerti semua sekali kerana lafaz ini adalah lafaz umum dan ada pengkhususannya seperti ayat 25 dalam surah al-Ahqaf.

Maksud firman Allah: "Kami menghancurkan setiap sesuatu..."
Dalam tafsir Munir karangan Prof Dr Wahbah Zuhaili menerangkan perkataan 'setiap suatu' beerti setiap suatu daripada jiwa dan harta.
Ini jelas menunjukkan bahawa kata 'setiap' bukan beerti semua sekali. Ia umum dan ada pengkhususannya.

Seterusnya hadis Nabi yang bermaksud: "Siapa yang mereka-reka (mencipta) dalam perkara kami ini (dalam agama Islam) yang bukan daripadanya (bukan dari ajaran Islam), maka ia tertolak. (H.R Muslim)

Dalam kitab Sorihul Bayan karangan Syeikh al-Harari dalam bab Bayan Anwa'ul Bidah M/S 267 cetakan darul Masyari' menerangkan maksud kata 'bukan daripadanya' seperti berikut:
"Sesungguhnya orang yang mereka-reka itu ditolak apabila apa yang direka itu bersalahan dan tidak bertepatan dengan syarak dan sekiranya ia bertepatan dengan syarak maka, tidaklah perkara tersebut tertolak. Berdasarkan dalil tersebut:-

1. Maksud firman Allah: "Dan adakan kasih sayang dalam hati orang-orang yang mengikutnya. Dan mereka mengadakan rahbaniyah (tiada beristeri dan mengasingkan diri), Kami tiada memerintahkaa kepada mereka, tetapi (mereka perbuat), kerana menuntut keredaan Allah.... (al-Hadid: 27)
Ayat ini memberi keterangan berkaitan bidah hasanah. Jelasnya Allah memuji mereka yang telah melakukan rahbaniah (tidak beristeri dan mengasingkan diri) sedangkn Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memerintahkan yang demikian. Dan jelas di sini betapa amalan amalan bidah, tetapi Allah tidak melarangnya. Bahkan diberikan pula pahala di sisi Allah.

2. Maksud hadis Nabi s.a.w:
Daripada Jarir bin Abdullah telah berkata: "Telah bersabda Nabi s.a.w siapa yang meletakkan di dalam Islam satu sunnah kebaikan, maka baginya ganjaran dan ganjaran siapa yang mengamalkannya selepasnya tanpa ada dikurangkan daripada pahala-pahala mereka sedikit pun dan baragsiapa yang meletakkan dalam Islam satu sunnah kejahatan, maka baginya dosa dan dosa siapa yang melakukan selepasnya tanpa ada dikurangkan dosa-dosa mereka sedikit pun. (H.R Muslim pada tajuk galakan bersedekah dalam bab zakat)
Dalam membahaskan hadis ini, Dr Abdullah Kamil dalam kitab kecilnya Kalimatul Hadiah fil Bidah menerangkan bahawa bidah itu terbahagi kepada dua. Hasanah dan Sai'yiah.

3. Maksud hadis Nabi s.a.w:
Daripada Rifa'ah bin Rafi' al-Zuraqi berkata: " Satu hari kami sembahyang di belakang Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w mengangkat kepala Baginda selepas rukuk pada salah satu rakaat, berkata seorang lelaki: "Sami'Allah hu liman hamidah" maka berkata lelaki di belakangnya: "Rabbana lakal hamdu kathiran toiyiban mubarokan fih." Maka ketika mana selesai solat Nabi bertanya: "Siapa yang berkata demikian" berkata seorang lelaki: "Saya." bersabda Nabi s.a.w: "Aku melihat 30 para malaikat berlumba-lumba dikalangan mereka siapakah yang akan menulisnya dahulu" (H.R Bukhari pada bab klebihan siapa yang bangun malam dalam bab solat terawih)
Berkata Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari pada syarah hadis ini:
"Hadis ini menunjukkan bahawa harusnya mengada-adakan zikir dalam solat yang mana zikir tersebut bukanlah ma'thur daripada Nabi s.a.w selagi mana ia tidak bertentangan dengan apa yang datang dari Nabi s.a.w.

Daripada Hadis di atas, terang lagi bersuluh menunjukkan kepada kita bahawa bidah itu ruangnya amatlah luas dan bukanlah semua bidah itu dolalah (sesat). Sepertimana dalam hadis yang ke-3 di atas betapa sahabat Nabi s.a.w di dalam solatnya telah menambah zikir atau dalam bahasa mudahnya telah memperbuat bidah. Sedangkan tiada perintah dari Nabi berbuat demikian. Kita lihat bagaimana reaksi Nabi s.a.w dengan mengatakan bahawa sekumpulan 30 para malaikat berlumba-lumba menulis pahala mereka. Dan kita lihat secara jelas dan terang bagaimana Nabi s.a.w tidak pun mengatakan sahabat melakukan bidah dan mereka sesat. Bahkan Rasul s.a.w mengkhabarkan berita gembira pada mereka yang berbuat demikian.

Sekadar tambahan beberapa perkara.Tuntasnya sebagai satu deduksi; kita telah lihat perbahasan sebelum ini berkaitan makna bidah. Kita melihat bagaimana Dr Yusof Qardhawi mengatakan tiada pembahagian bidah hasanah mahupun saiyiah dengan dalil-dalil yang tertentu. Dan kita lihat juga bagaimana pandangan ulama yang mengatakan bidah terbahagi kepada dua hasanah dan saiyiah dan Imam Nawawi mengatakn bidah terbahagi lima. Pandangan mereka semua ini bukan pandangan kosong semata-mata nafsu. Tetapi berdasarkan dalil dan hujah tertentu.Jelasnya, kedua-dua pihak masing-masing ada pandangan beserta hujah yang dikemukakan. Oleh itu, ingin saya menyatakan bahawa dalam masalah ini, tidak seharusnya kita bertelagah kerana jelas kepada kita bahawa ia adalah masalah khilafiah atau perselisihan pandangan dalam Islam. Mereka mempunyai hujah masing-masing dan mereka semua telah masyhur di kalangan kita tentang keilmuannya. Oleh yang demikian, bukanlah tugas dan peranan kita pada hari ini membahas dan memperbesarkan isu persilihan pandangan ini. Kerana dalam perkara ini, sampai bila pun kita tidak akan menemui jalan penyelesaian. Sepatutnya kita harus lebih menumpukan persoalan utama dan pokok dalam agama. Persoalan Khilafah dan Daulah Islamiah, persoalan murtad, persoalan penghinaan baginda Nabi s.a.w dan banayak lagi persoalan pokok yang harus diperbincang dan dibahaskan. Sidang pembaca sekalian, sedar atau tidak sebenarnya musuh Islam sedang bertepuk tangan melihat kita mempertikai dan membahas perkara yang tidak kunjung noktah. Mereka bersuka ria dan hidup senang lenang dan terus dalam keseronokan merampas, memusnah dan menghancurpunah umat Islam. Darah saudara kita di Palestin hari ini seolah telah halal. Di manakah peranan kita?Untuk akhirnya; ingatlah pesanan Baginda Nabi s.a.w kepada kita dalam satu hadis:Daripada Abdu bin Hamid dan Ibnu Majah daripada Anas: "Sesungguhnya umatku tidak akan berhimpun di dalam kesesatan. Maka, apabila kamu melihat berlaku perselisihan, hendaklah kamu duduk berada di kalangan mereka yang ramai." (H.lah Ibnu Majah pada bab al-Sawadul A'zham dalam bab Fitan).Wallahu A'lam

Alhamdulillah

Alhamdulillah, dapat juga menulis blog.